Monday, June 8, 2009

Jendela Hikmah 9.


SEMBILAN SEBAB MENGAPA HATI KITA TIDAK BAHAGIA.



Antara sifat mazmummah utama yang menghilangkan rasa bahagia di hati kita ialah:
  1. Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.
  2. Pendendam - Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.
  3. Hasad Dengki - Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.
  4. Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya, sentiasa berdalih mengatakan dia tiada duit (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama dengan menderma). Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi Allah benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia.
  5. Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut, walau berapa banyak yang diminum tetap tidak habis juga. Lagipun orang tamak selalu rugi. Ingat, yang dikatakan harta atau rezeki kita ialah bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, bermakna itu belum boleh dikatakan rezeki kita (mungkin ada hak orang lain di situ). Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu yang dapat dimanfaatkan.
  6. Tidak Sabar - Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. Oleh itu banyakkanlah bersabar bila menghadapi dugaan.
  7. Ego - Ibu segala mazmummah, jadi ia membuatkan seseorang itu menjadi paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.
  8. Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakon di hadapan orang. Jika dia dipuji, dia akan menambah amalnya. Tetapi jika dikeji, dia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak dan takabbur dengan apa yang kita ada.
  9. Cintakan Dunia - “Tidak ada harta, menderita. Dapat pun menderita!” kerana bila sudah dapat harta, susah pula untuk menjaganya. Berharta tidak mengapa, tetapi kawal perasaan hati supaya jangan diletakkan pada harta itu. Apabila mati nanti, kita cuma membawa amalan dan doa anak kita yang soleh/solehah. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.


Kesimpulan:
Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara keseluruhan yang disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain-lainnya. Tetapi ialah kerana sifat-sifat MAZMUMMAH. Makin tinggi sifat mazmummah seseorang itu, makin ia TIDAK BAHAGIA. Samada bermujahadah atau membiarkan sahaja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua di akhir. Jadi, sama-samalah kita senantiasa ingat mengingati antara satu sama lain. Andai kita terleka dengan dunia buruklah padahnya padahnya. Wallah'hualam...

No comments: